Review: Hanna KSL Homestay

Spread the love

Helo, so untuk post kali ni, aku nak review satu homestay yang terletak kat Taman Daya, JB. Review homestay sendiri. Hik hik hik.

So, homestay ni actually studio apartment je, under KSL Residency & KSL Hotspring Resort, so means that sapa yang duduk kat KSL Residency boleh guna semua facilities yang ada dan yang disediakan oleh KSL Hotspring Hotel & Resort ni. Ada swimming pool, gym, jakuzi bagai (tak tau bila open sejak PKP), golf simulation pun ada tau.

Kalau uols nak tempat yang jauh dari hiruk pikuk bandar JB, dan jauh lebih privacy, aku rasa ini homestay sangatlah sesuai, nak lagi privacy, nah hamik, antara homestay yang terletak antara level tertinggi kat sini.

Paling best bila dapat view sunset kat level ni sambil hirup kopi atas katil, pergHHh, tak yah gi oversea. Kat sini je dah ada

https://youtube.com/shorts/_ICGmm-eA6o?feature=share

Antara tempat-tempat menarik yang berdekatan dengan Hanna KSL ialah:

1. Cuma 20-30 minit sahaja ke Legoland

2. 10 minit ke Jusco Tebrau/ IKEA

3.  20-25 minit ke UTM Skudai

4. 10-15 minit ke KSL City Mall

5.  Kalau nak main golf, cuma 10-15 minit je ke Golf Stop Driving  Pendarosa

6. La Stella Water Theme Park pun cuma 20-25 minit jurr

7. Agak nak cross S’pore, CIQ pun cuma 15-20 minit nak sampai

Yelah, kalau nak compare jalan JB dan KL, memang jauh la, Cheras nak ke Petaling Jaya cakap je 30-40 minit tapi boleh makan berejam atas jalan, tapi JB masih maintain

Ok, kita tengok pulak dalam studio ni ada apa

Yang bestnya, uols macam dah tak payah bawak apa2x, cuma bawak diri dengan berus gigi je, sebab segalanya macam dah lengkap, even kalau uols nak masak pun, peralatan masak semua lengkap, ada periuk nasi, beras, asam keping pun ada, yang takde tu macam bawang2x takde a, garam, gula, teh-o absolutely ada, yelah kot baru sampai lapa ke apa ke, bole masak megi buat sendal..

Petang2x, boleh bawak anak2x mandi swimming pool, kalau nak main gym pun boleh, kalau nak ke taman rekreasi pun tak jauh, dekat je, best tuk jogging

So, memang korang tak akan regret, insyallah, bukan mahal pun, semalam hanya RM120 je untuk semua facilities yang disediakan 🙂

Leave a Reply